Wednesday, 26 December 2012

sejarah pembantu perubatan

pembantu perubatan bukan jururawat. sila take note. di sini ada info pasal pembantu perubatan. tension jugak sbb ramai org tk knl pembantu perubatan.

             yang berbaju putih berseluar hitam itu adalah pembantu perubatan. ihsan encik google.

Profesion Pembantu Perubatan telah dikenalpasti pada awal tahun 1900. Pada awalnya ia dikenali sebagai 'Apothecaries' yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Dibawah pemerintahan British Malaya 'Apothecaries' dikenali juga sebagai 'Sub-Assistant Surgeon' @ 'Dressar'. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dari British nama Hospital Assistant telah diguna pakai dan pada masa kini dikenali sebagai Pembantu Perubatan (Medical Assistant).


APOTHECARIES
 - ialah seorang yang menyediakan,menjual dan mendispen ubat-ubatan. 
- di Britain seseorang yang telah lulus peperiksaan yang diadakan oleh Society Of Apothecary London dengan mendapat Diploma In Medicine,Surgery And Midwifery. 
- ini melayakkan mereka untuk menggunakan abrevasi LMSSA London di belakang nama mereka. 

DRESSAR

 - ialah seorang yang membuat dressing luka pesakit dan membantu pakar bedah semasa pembedahan dijalankan. 
- ianya ialah graduan dari sekolah perubatan yang mendapat latihan dari segi teori dan praktikal ilmu perubatan. 
- dressar yang telah tamat latihanya diberi kebenaran untuk melakukan pembedahan kecil & ringan. 
- ianya berupaya untuk merawat kes-kes luka , kepatahan dan berpengetahuan tentang farmakologi dan perbidanan. 

DRESSAR GRADE III 

- setelah menamatkan latihan dari KKM didalam bidang kejururawatan,pembedahan,perubatan dan makmal maka dressar ini dikategorikan sebagai Dressar Grade III. 
- beliau akan bekerja didalam wad dan makmal perubatan untuk menjalankan prosedur kejururawatan dan pemeriksaan slide asas. 

DRESSAR GRADE II

 - dressar grade III ini dibenarkan untuk melanjutkan latihanya didalam bidang perubatan,pembedahan dan makmal perubatan. 
- sukatan matapelajaranya adalah lebih tinggi dan mereka dilatih didalam sains farmakologi selama 2 tahun. 
- diakhir latihan dressar grade III akan menduduki peperiksaan dan jika lulus beliau akan di kategorikan sebagai dressar grade II. 

DRESSAR GRADE I 

- untuk mendapat dressar grade I ini dressar grade II dikehendaki untuk belajar ilmu perubatan,perbidanan,pembedahan,farmakologi dan makmal perubatan yang lebih tinggi. 
- diakhir latihan dressar grade II akan menduduki peperiksaan akhir dan jika berjaya beliau akan di kategorikan sebagai dressar grade I. 
- kesinambungan program pembelajaran dressar grade III hingga grade I akan memakan masa 6 tahun. 

HOSPITAL ASSISTANT ( HA )

 - sebelum kemerdekaan malaysia pada tahun 1957 nama 'DRESSAR' telah ditukarkan kepada HOSPITAL ASSISTANT (HA). 
- sekolah latihan pembantu hospital telah diwujudkan di Seremban Negeri Sembilan  ( disini aku menimba ilmu )
- skop pekerjaan 'HA' telah diperluaskan dengan penempatan di klinik-klinik kesihatan dan unit- unit khas spt unit kecemasan,otopedik dll. 

PEMBANTU PERUBATAN (MEDICAL ASSISTANT @ MA) 

- setelah sekian lama nama 'HA' digunakan maka KKM telah menukarkan nama jawatan ini kepada Pembantu Perubatan (Medical Assistant). 
- 4 buah kolej telah dibina untuk memenuhi permintaan 'MA' iaitu: 
- Kolej PP Seremban 
- Kolej PP Ulu Kinta 
- Kolej PP Alor Setar 
- Kolej PP Kuching 
- graduan lepasan kolej PP ini akan mendapat Diploma Pembantu Perubatan didalam tempoh latihan 3 tahun (teori & praktikal). 
- pihak swasta juga telah mengiktiraf jawatan PP ini dan ramai diantara PP yang bertugas di sektor swasta. 
- PP dibahagikan kepada beberapa grade: 
- PP grade U29 
- PP grade U32 
- PP grade U36 
- PP grade U38 
- PP grade U40
 - PP Grade U41 
- telah ramai PP yang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti dan mendapat ijazah dan yang terbaru ialah Bachelor Of Health Science (Pre Hospital Care) MOU YPM dengan Charles Sturt University Australia.

so dengan ini harap org ramai boleh membezakan antara pembantu perubatan dgn jururawat. penat kadang2 nak jwb soalan yang sama.apa lg bila skrg perempuan pun jadi pembantu perubatan. ramai yang keliru.

yezzzaaa ini adalah contoh pembantu perubatan wanita yang telah bekerja. tQ encik google.

kalau pergi ke klinik 1 Malaysia memang pembantu perubatan yang akan check..kat emergency pun ramai pembantu perubatan.. ada byk aduan pembantu perubatan ni sombong la.. kerek la.. garang la.. tp tk semua k.. dan tgk situasi.. kadang2 orang yang tk memahami kami. apa pun aku yang masih pelatih.. harap mampu menjadi pembantu perubatan yang boleh memberi pertolongan semaksima mungkin kepada pesakit. 

ini adalah pelatih pembantu perubatan (PMA). ihsan encik google. model ni adalah ika ganu dan faishal ( budak kelas aku)


5 comments:

  1. wawawa....bdk klas kite dlm blog akak..cayaaa laaa..haha

    ReplyDelete
  2. hehe ika.. haruslah promote kan..

    ReplyDelete
  3. kak, sepnjng pembelajaran 100% in english?

    ReplyDelete
  4. kak, sepnjng pembelajaran 100% in english?

    ReplyDelete
  5. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com



    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833



    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com


    KASIH Group
    Damai Entiti | Primary Wish | Zaqrul & Associates | EZA Engineering

    ReplyDelete