Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

Lazada, Makanan Dan Induction Cooker



Assalamualaikum.. Lame sangat dah tak update Blog. Memandangkan cuti pun pendek untuk sem ni, dan tambah kemalasan yang berganda. baru ni nak bukak blog. Banyak benda nak update, tapi sibuk pulak siapakan research dan assigment sem depan. Buat siap-siap senang. 




Baru-baru ni sibuk lah aku dengan mama tengok-tengok barang kat Lazada. mesti ramai yang dah biase dengar atau biase beli kat Lazada ni. sebab ni first time beli, jadi kiteorg pun beli mende murah je. pemecah telur dengan cake decorating kit tu. total kedua-dua barang adalah RM37 termasuk pos by GDEX. sebab tempat aku tak boleh COD. dan yang lebih membuat aku teruja, aku beli hari isnin, hari selase sampai. ^_^
kalau nak tengok barang-barang kat lazada, boleh klik sini .



hasil dari membeli pemecah telur dari lazada yang berharga RM9. mende ni bertambah mudah sebab boleh asingkan telur putih dengan telur kuning. tunaikan hajat mimi yang nak makan pavlova ni. klik sini untuk tengok resepi pavlova. sebab aku still guna resepi yang same cuma kali ni aku guna buah kiwi and coklat hershey. yummm yumm..



yang ni buger sandwich dengan fish and chip. hehe. saje letak. buger sandwich tu same je mcm buger biase, cume roti satu je bahagian bawah. lepas tu letak la daging, nenas, keju, sos dan mayonis. memang mewah dan sedap. kalau beli kat kedai mesti mahal. buat sendiri boleh makan banyak. haha. fish and chip pun buat sendiri. kentang je beli, pastu goreng. coleslow, ikan dengan sos lada hitam buat sendiri. tapi mama yang buat. haha. aku buat coleslow je. 
\




ni namenye induction cooker. hehe ape kene mengene? sebenarnye saje je. sebab mende ni untuk masak kan. sebelum ni portable stove aku kene rampas kat asrama, so kali ni beli la induction cooker ni. jenama tesco je. harge RM99. dapat la periuk nye sekali. ok la kan. tQ kepada yang belanja induction cooker ni. hehe. 


p/s : lame tak update blog, ase kekok plak. hihihi

Wednesday, 19 June 2013

Resepi Cek Mek Molek


mesti sesetengah orang bertanya, apakah mende di dalam gambar ini.. hikhik.. ini lah kuih cek mek molek yang terkenal di pantai timur. Tapi, aku tak bejaya membentuk kuih ni menjadi seperti yang aku beli. haha.. tangan kasau gegau. tapi mesti lah boleh di makan. apetah lagi senang di buat.. berpeluh jugak duk menguli tepung :p

bahan-bahan :
2 biji keledek ( prefer oren)
2 cawan tepung ( sebenarnye bergantung pada doh nanti)
gula secukupnya
garam 1 sk
minyak untuk menggoreng (deep fry)

cara-cara :

  1. rebus keledek sampai empuk. dah empuk lenyek-lenyek kan.
  2. gaul bersama tepung, garam dan sesudu gula, masuk sikit-sikit smpai tepung tak melekit pada tangan. 
  3. ambil tepung yang dah di uli, buat bentuk bulat, kemudian leperkan. letak gula di tengah-tengah. kemudian kapitkan. jangan bagi bocor.
  4. goreng dengan cara deep fry. siap
p/s : maaf kalau tak faham cara-cara.


Monday, 17 June 2013

Resepi Cream Puff

dah lama nak buat cream puff sendiri sebab aku suke makan. tak puas kalau beli. pulak tu mahal kan. huhu. belek punye belek, aku jumpe lah resepi kat intenet. 

resepi dari blog citarasa wan . 

bahan-bahan :)

  • 110gm mentega
  • 150gm tepung gandum
  • 250ml air
  • 1 sk gula icing
  • 1/4 sudu teh garam
  • 4 biji telur.
cara pembuatan : 

  1. didihkan air, mentega, gula dan garam. tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau laju-laju hingga sebati dan menjadi doh. pastikan doh tak melekat pada periuk ye.
  2. buka api sederhana sekejap, kacau hingga ada lapisan putih nipis kat dasar periuk. tutup api.
  3. angkat dan kacau doh hingga suam. pecahkan telur dan kacau menggunakan garfu dalam mangkuk lain. kemudian baru masukkan dalam doh. kacau sebati baru masuk telur lain. buat satu persatu ye telur tu. aku gune mixer. sumpah tak larat.
  4. pastikan adunan likat. disebabkan tak ada piping bag dan nozel, maka aku gunakan bantuan 2 batang sudu.


maka ini lah hasil nya.
oven panas suhu 200 darjah celcius dan bakar antara 20-25 minit. dah agak kekuningan keluarkan.


inilah rupenye bile sudah masak. pastikan sejuk dulu ye. baru potong (jangan la sampai putus) dan masukkan sos custard dalam tu.


inilah jadinya.. haaaa, walaupun rupenye tak menarik, tapi habis di makan. buat tadi dapat lah dalam 25 bijik gitu sebab yang petama buat besar gedabak. huhuhu. maklumlah petama kali kan.


ini pulak resepi sos custard. aku dapat dari kak hana memories. tapi serius la sos die best :)

  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 sudu besar gula ( aku terletak 4 setengah sudu.. hihi)
  • 200ml susu segar ( 1 cawan )
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega ( aku guna planta je)
:: kacau atas periuk dengan api yang sederhana hingga pekat.


yee sampai  jadi begini :)
p/s : seronok makan cream puff banyak-banyak.

Thursday, 13 June 2013

Resepi Kek Batik

aku tau kek batik ni dah biase orang buat kan. and orang kate senang. kacang. tutup mate pun bole buat kan. yup memang la senang. cume resepi kek batik ni ada macam-macam. tanpa telur, dengan telur, dan boleh tambah kacang, gajus untuk bg lagi sedap. ikot kreativiti lah. and kalau patah kan biskut, salut dengan milo yang di masak dengan susu pun jadi je kek batik. sedap je. tak ade masalah.

Jom tengok resepi aku :)

  • 200gm serbuk milo
  • 3 sudu besar serbuk koko ( letak nescafe pon ok gak )
  • 200gm merjerin (kalau pakai mentega, letak la 250gm pon, marjerin lagi masin)
  • susu 3/4 tin 
  • keju 2 keping ( main taruk je, lain kali nak taruk lebih sikit)
  • biskut marie satu bungkus.


cara-cara nak buat pulak ;


mula-mula patahkan biskut marie kepada 4 bahagian. jadi macam dalam gambar. kejap je pun patahkan.



satukan milo,mentega,susu dan keju dalam kuali. guna api yang paling perlahan. kalau tak nanti jadi berketul. 



gunakan whisk untuk kacau bahan dalam kuali. adalah di nasihatkan cairkan mentega dulu baru masuk bahan lain. kan da jadi macam  ni. haha.



setelah bahan yang di masak sebati, masukkan biskut didalam kuali. gaul rata kesemua bahan-bahan. cara lain, tuang bahan masak tadi dalam bekas yang dah disusun biskut marie.



kemudian, masukkan biskut yang sudah digaul ke dalam bekas dan mampatkan. boleh mampatkan gune sudu, gune senduk atau letak kain dalam plastik,dan tekan pakai tangan. tekan-tekan sampai jadi macam ni.



dah siap, masuk dalam peti. maka, ini lah hasil nya. potong dan ngappp! rase macam biskut tu terlalu banyak untuk coklat. mayb lepas ni kurang kan sikit biskut :)

P/S : paham tak?



Monday, 10 June 2013

Resepi Puding Aiskrim OreO


cuti-cuti ni hobi aku online FB. sebab tak de ape nak buat. mase tengah online tu, terjumpe lah resepi puding aiskrim oreo. post resepi dari BUKU RESEPI kat FB. tapi sebab dia macam tak detail sangat, so aku google la untuk tau berapa byk agar-agar, berapa banyak aiskrim, berapa banyak air. setelah di fikir, dan digabungkan, aku buat cam ni.

BAHAN :

25gm agar-agar tali ( aku punye 20 gram, agar-agar serbuk ponn boley)
1250 ml air
1 tin susu cair
1 cup gula
1@2 biji telur ( aku guna 1)
1 cup aiskrim vanilla ( ape perisa pon boley)
1 st esen vanilla
1 bungkus biskut oreo  ( tumbok halus, tapi aku tumbuk lebih kurang)

CARA-CARA :

1. masak agar-agar dengan air hingga larut. kemudian dah larut, masukkan la gula. kacau bagi sebati.
2. blendkan susu cair,gula,telur,esen vanilla, dan aiskrim.
3. masukkan bahan yang diblend dalam adunan agar-agar. kacau hingga sebati.
4. lastly masukkan oreo, kacau hingga sebati.
5. tuang dalam loyang/bekas yang sesuai. masukkan dalam peti sejuk. siap.


simple sangat kan.  maybe yang suke manis leh tambah lagi gula. mana-mana lah sebab rase nye tak manis sangat. tapi pada aku macam ni dah best. so far semua pun suke :)








p/s : Ehem-Ehem, perasan tak blog da bertukar wajah sikit ? :)

Monday, 3 June 2013

resepi kek RED VELVET super duper senang


resepi kali ni bukan lah amik dari mana-mana. tp guna apa yang sedia ada. cume di adjust sedikit dari arahan. boleh je nak buat ikot resepi-resepi lain, tapi kalau ade yang mudah, mesti lah tak nak menyusahkan diri kan. terutama bagi orang yang malas. hehe.





okeh seperti gambar di atas, tepung ni tepung yang dah disiapkan. RED VELVET CAKE MIX. mane nak cari? haruslah di kedai kek kan. okeh sbb gambar tak nampak ape yang ditulis, aku tulis balik lah.

red velvet cake mix    500gm
air                             195gm
minyak masak           100gm
telur                          1 biji ( ini aku tambah)

cara  :
1. putarkan kesemua ramuan dengan kelajuan minima selama 1-2 minit.
2. putarkan ramuan dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
3. tuangkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit

okay masukkan dalam loyang. aku alas dengan A4 paper pastu sapu majerin,


okay yang ni pulak cam biase la untuk lapiskan. yang aku buat ni seringkas mungkin la. kalau jumpe yang lg best pun boleh je buat. tak de hal lah!

putar whipping cream secukupnye (agak-agak je, lebih leh simpan), putar cream cheese secukup nya. campurkan kedua-duanya. dahhhh siap untuk bahagian cream.


okeh bile kek dah masak, sile lah tunggu sejuk dahaulu. kemudian barulah dibahagi kepada tiga lapisan. nak bahagi 5 lapisan pun boleh kalau rajin.

setiap lapisan tu sapukan dengan cream yang di buat.


kemudian yang akhir sekali lapiskan habis dengan cream. pastu atas tu hias lah ape pun. cam aku, hias gune kek yang lebih kat kertas tu.. tabur je.. 


okeh cm ni lah hasil nye. siap je terus potong. tak yah sejuk pun sedap je makan. serius la..


jommmmmm makan.. mule-mule cam tak yakin je nak makan. last-last habis jugak.. huhuhu..


p/s : bole faham ke buat resepi gaya gini?


Saturday, 13 April 2013

resepi kek rainbow cream cheese frosting


RESEPI KEK RAINBOW

Bahan-bahan :
  • 3cawan tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cawan butter
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • pewarna - oren, merah, biru, ungu,hijau, kuning

cara-cara :
  1. ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
  2. pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. masuk telur putih, pukul hingga sebati dan gebu.masuk esen vanilla.
  4. masuk tepung berselang seli dengan susu.
  5. dah siap putar bahagikan kepada 6 mangkuk sama rata, dan letak setiap pewarna dalam setiap mangkuk.


ini adalah step ke 5.

   
    6.  pastu bakar satu persatu guna loyang 6-8 inci. dalam 10 minit. kek da masak keluarkan, n sejukkan.



7. lapiskan kek dengan whipping cream, atau blueberry filling, atau cream cheese frosting or ape aje yang anda suke. 
cream cheese frosting
250 cream cheese
125 butter
1/2 cup icing sugar
1 lime juice

  • pukul butter dan cream cheese, sampai gebu, kemudian masukkan gula dan jus limau. 
8. lapiskan hingga menutupi semuanya...
9. tadaaaaa siap!




p/s : resepi asal --> dari dapur madiha




Thursday, 7 March 2013

resepi kek pisang coklat super senang :)



yeay sekarang aku tengah bercuti mid sem. cume kali ni lambat sikit aku balik rumah sebab dari 3/3/13 - 5/3/13 aku pegi jalan-jalan kat johor bahru. malangnya tak ade gambar sangat yang aku ambik masa kat johor. sampai je hari selasa tu petang tu, mama dah bunyik. " ain nanti tolong buat kek pisang". 

so hari rabu nye aku buat lah kek pisang coklat tu. kali ni resepi dari buku resepi lama mama. dari mana mama amik aku tak tau. tapi resepi ni memang sangat senang. jimat masa. 

bahan-bahan :
  • 4-5 biji pisang. begantung pada pisang yg digunakan
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus. 
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb baking powder
  • 1 sb soda bikarbonat
  • coklat masakan
cara-cara :
  1. satukan pisang, minyak. gula, telur dalam blender. blend hingga hancur. 
  2. masukkan bahan yang di blend dalam bekas. campurkan dengan tepung.
  3. kacau tepung hingga sebati dengan adunan.
  4. parut coklat masakan dalam adunan dan kacau supaya sebati.
  5. bakar hingga masak. done.

masukkan tepung dalam adunan yang dah di blend.

kacau kacau kacau. tak yah kacau kuat-kuat. cukup dengan sepenuh kasih sayang :P

parutkan coklat masakan. boleh letak coklat rice, coklat chip, or coklat ape pun

setelah adunan sebati.

haaa setelah siap di potong. yang warne warni tu bukan. itu resepi lain :)

SEKIAN

Wednesday, 6 March 2013

resepi light blueberry cheese cake dan ice mango blend

resepi ni dah lame aku buat. before balik seremban lepas habis cuti raya cina. Adila yang mintak buat cake sebab nak bwk blk kolej dia. aku pulak tetibe tertarik hati nak buat cake ni sebab simple je. bahan pun tak banyak dan senang nak dapat. or lebih tepat sedia ada kat rumah. 

korang boleh tgk kat HaSue punye blog. ni memang tutorial dari awal sampai habis di ajar nye. 

bahan-bahan :
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft ( lebihkan pun tak pe) / 150 g cream cheese
  • 3 biji telur
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum(ayak)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110 marjerin
  • blueberry filling ( suke ati nak byk mane)
cara-cara :
  1. panaskan oven pada suhu 180c. gris loyang dengan marjerin/or alas gune baking paper.
  2. panaskan susu dalam periuk, dan masukkan kepingan keju.kacau hingga cair dan masukkan marjerin. kacau hingga mencair dan ketepikan. guna api yang perlahan!
  3. asingkan putih dan kuning telur ( kuning telur letak dalam bekas yang besar)
  4. dalam bekas lain, pukul putih telur bersama gula halus hingga jadi meringue ( kalau terlingkup tak tumpah tu jadi ler.. pastikan semua peralatan kering!)
  5. pukul kuning telur sehingga bekrim dan tambahkan adunan susu yang dimasak tadi. kacau perlahan dengan whisk. 
  6. ayak tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
  7. kemudian masuk meringue dan kaup balik hingga sekata


masuk kan meringue dan kaup balik hingga rata.

8.  masukkan esen vanilla dan gaul sebati adunan. jangan gaul kuat! nanti adunan mencair.
9.  ambil loyang. masukkan 2 senduk adunan. picit  blueberry filling gune icing bag or plastik yang digunting hujungnya dengan cara bulatan di sekeliling adunan. ( aku guna sudu. tempek-tempek je)
10. ulang langkah 9 hingga selesai
11. bakar hingga masak. guna kaedah bain marie ( alah yang letak loyang dalam loyang berisi air)

ha ni lah yang aku tempek tu.. huhuhu
dan setelah siap dibakar
dan setelah dipotong. sangat moist!

yeay siap!! sangat moist. alhamdulillah menjadi jugak cake ni. abah suke cake ni sebab tak manis sangat. yang lain-lain pun suke. bile kite buat cake, pastu jadi. memang puas hati sangat!

ice mango blend

yang ni aku tak tau name nye. buat ni ikot suke. pun mimi yang buat. aku suruh je.. haha.. tapi best. 

bahan :
  • ais
  • air
  • kordial mango (ada buah mango lagi best)
  • aiskrim vanilla
  • gula
semuanya ikot selera tekak nak letak berapa banyak pun. mesti jadi punya. :)

resepi kastard teacake


okeh.. semuanya lambat update. yang 3 minggu lepas baru sekarang nak update. sejak praktikal ni, dunia macam untuk keje dengan tidur je. kadang-kadang rase nak update blog, tapi sumpah penat. cuti-cuti macam ni lah baru ada masa nak update blog. haisshh.. 

haaa.. kali ni resepi kastard teacake. okeh sebenarnya lupe dah nama betul-betul. tapi memang teacake lah sebab cake ni kecik je. hari tu aku buat tiga bijik. sebijik untuk makan kat rumah. resepi asal dari mat gebu

bahan-bahan kek :
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanila

bahan kastard :
11/2 camca besar tepung kastard
11/2 camca besar gula kastor
1/2 cawan susu segar
30 gram mentega
2 camca teh esen vanilla

cara-cara :
untuk kastard :
1. satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
2. kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil kacau hingga pekat.
3. padam api, tambah mentega dan esen vanilla,kacau rata dan biar sejuk. ketepikan.

panaskan oven pada suhu 175C, guna lah mana-mana bekas comel berbentuk bulat.

untuk kek :
1. putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang.
2. tambah esen vanilla. perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard,sedikit demi sedikit.gaul hingga rata.
3. masukkan setengah adunan dalam bekas yang disediakan, ratakan dan buat lubang ditengah-tengah.
4. tuang kastard yang dimasak tadi dan tutup dengan adunan yang selebihnya.
5. ratakan, dan bakar sehingga masak. kalau suka dah masak nanti ayak gula aising kat atas tu bagi beseri.


ni lah bekas yang aku gunakan. 
setelah siap.

bila dah siap, kek aku cam hancur bila potong. bila baca balik resepi, dia suruh gaul masa masuk tepung tu.. tapi aku putar dengan whisk. agak nya tu jadi macam tu :( tapi macam mana pon tetap habis.

dua biji kek ni aku bawak pegi umah sepupu aku yang nak kawen. pun habis. malu pun ade nak ngaku aku yang buat. tapi mak sedara ngan ayah sedara pandai amik hati. dorang habiskan jugak. huhuhu.. SELAMAT PENGANTIN BARU IQBAL!

cantik wooo 
geammmm nyeee kat afii yang comeeeyyy niieee!!
adila yang bercita-cita menjadi ibu mithali. 
angah amik berkat kate nye.
p/s : kalu tak berapa menjadi ape kite buat, tapi kalu tetap habis, mesti rasa lega kan :)

Saturday, 23 February 2013

Happy Bithday Ain and resepi blueberry oreo cheese cake



10 februari 2013, genap umur aku 24 tahun. tua sudahhhh.. tahun ni aku dah tak nak ada azam dah. aku cuma nak jadi insan yang lebih baik je sempena peningkatan umur aku. dalam umur macam nie, ramai yang dah sibuk tanya bile aku nak kahwin. kawan-kawan aku ramai dah tamatkan zaman bujang dorang. tapi aku, tak. aku malas fikir soal jodoh. aku lebih fikir pada praktikal aku. dan aku tak nak kahwin selagi aku rase aku tak layak. banyak lagi pekara aku kena ubah. 

so tak de ape yang istimewa masa hari lahir aku. kecuali umur yang meningkat dan aku habiskan masa dengan family. kek pun aku buat sendiri. huhu.. so kat sini nak kongsi resepi kek keju blueberry oreo.

bahan base :

30 keping oreo ( aku guna jenama cream-O)
buang krim, kisar halus
mentega secukup rasa.

bahan filling:

500 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 st esen vanila
1/2 cawan yogurt asli
2 biji telur
1 cawan oreo dipatah-patahkan

cara-cara :
base : gaulkan oreo yang telah dikisar dengan mentega rata-rata. tekan dalam loyang. panas kan oven pada suhu 180 celcius.

oreo yang telah ditekan dalam loyang

filling :
1. pukul cream cheese,gula dan esen vanilla dengan kelajuan yang sederhana hingga sebati.
2. masuk yogut dan pukul.
3. masuk telur dan pukul hingga sebati.
4. masuk oreo yang dipatah-patahkan, kaup balik hingga rata.
5.tuang adunan filling atas oreo yang telah ditekan.
5. bakar secara steam bake. 
6.lepas dah siap bakar,boleh sapukan blueberry atas kek.


patah-patahkan oreo masuk dalam adunan untuk filling

okeh siap! senang sangat kan? :) pastu tak sempat amik gambar yang dah siap. aku pun sempat makan sepotong je. 

ni lah sepotong yang sempat aku makan.. layannn...