Tuesday, 24 December 2013

Lazada, Makanan Dan Induction Cooker



Assalamualaikum.. Lame sangat dah tak update Blog. Memandangkan cuti pun pendek untuk sem ni, dan tambah kemalasan yang berganda. baru ni nak bukak blog. Banyak benda nak update, tapi sibuk pulak siapakan research dan assigment sem depan. Buat siap-siap senang. 




Baru-baru ni sibuk lah aku dengan mama tengok-tengok barang kat Lazada. mesti ramai yang dah biase dengar atau biase beli kat Lazada ni. sebab ni first time beli, jadi kiteorg pun beli mende murah je. pemecah telur dengan cake decorating kit tu. total kedua-dua barang adalah RM37 termasuk pos by GDEX. sebab tempat aku tak boleh COD. dan yang lebih membuat aku teruja, aku beli hari isnin, hari selase sampai. ^_^
kalau nak tengok barang-barang kat lazada, boleh klik sini .



hasil dari membeli pemecah telur dari lazada yang berharga RM9. mende ni bertambah mudah sebab boleh asingkan telur putih dengan telur kuning. tunaikan hajat mimi yang nak makan pavlova ni. klik sini untuk tengok resepi pavlova. sebab aku still guna resepi yang same cuma kali ni aku guna buah kiwi and coklat hershey. yummm yumm..



yang ni buger sandwich dengan fish and chip. hehe. saje letak. buger sandwich tu same je mcm buger biase, cume roti satu je bahagian bawah. lepas tu letak la daging, nenas, keju, sos dan mayonis. memang mewah dan sedap. kalau beli kat kedai mesti mahal. buat sendiri boleh makan banyak. haha. fish and chip pun buat sendiri. kentang je beli, pastu goreng. coleslow, ikan dengan sos lada hitam buat sendiri. tapi mama yang buat. haha. aku buat coleslow je. 
\




ni namenye induction cooker. hehe ape kene mengene? sebenarnye saje je. sebab mende ni untuk masak kan. sebelum ni portable stove aku kene rampas kat asrama, so kali ni beli la induction cooker ni. jenama tesco je. harge RM99. dapat la periuk nye sekali. ok la kan. tQ kepada yang belanja induction cooker ni. hehe. 


p/s : lame tak update blog, ase kekok plak. hihihi

No comments:

Post a Comment