Sebelum balik cuti sem hari tu, aku sempat pegi ke Lost World of Tambun selama 3 hari 2 malam. ini mungkin kali pertama yang aku betul-betul berjalan di negeri perak. bertolak seawal pagi, aku sampai di Lost World hotel lebih kurang pada pukul 12 tengah hari ( tolak campur behenti, tunggu mak cik kawan). disebabkan ramai orang, mungkin bilik belum siap dikemas, kami cume boleh check in pada pukul 2 petang.
Disebabkan bosan kalau nak tunggu, kiteorang pergi ke Giant Tambun. itu je pun yang paling dekat. kalau nak g ke bandar ipoh macam malas la pulak. masuk dalam giant beli tuala dengan selipar mandi. hihi. tak bawak selipar dengan tuala. beli makanan ringan dengan air. untuk alas perut sebab fikir nak rehat-rehat dulu bile sampai. sempat jugak makan kat food court giant tu. makanan memang boleh tahan la. sodap la dari food court lain tu.
pukul 2 kiteorang terus masuk check in sebab nak guna bilik air. gambar kat atas ni gambar utk bilik exotic. bilik kemas dan cantik. selesa. besar pun ok la. suke suke suke ^_^. aku dapat rate harga RM160 satu malam melalui AGODA. hoyyeeehhh. bila check in kat Lost World hotel, korang akan dapat kupon diskaun masuk ke Lost World of Tambun , tiket free untuk lost world hotspring & spa dan percuma sarapan pagi untuk 2 orang. yang mampu aku katakan adalah, sarapan pagi adalah SEDAP!
duduk-duduk, lepak-lepak, makan-makan, tidur-tidur. bangun-bangun dah pukul 6 lebih. aiyooo. letih yang amat ni. haha. mula-mula ingat nak masuk hotspring malam ni. tak jadi pulak. lepas maghrib, siap-siap, pergi GERBANG MALAM di bandar ipoh. ingatkan nak kat sini ade jual makanan. sekali tak ade pun. kedai makan sekitar pun kedai makan cina -.-' . perut dah bekeroncong. tapi gagahkan diri jugak berjalan. gerbang malam ni lebih kurang macam uptown la. ade jual baju, kasut, cam, handbag, etc etc etc. tapi yang buat aku frust sebab barang kat sini mahal. T_T. tapi beli jugak jersey Man Utd, tudung.
akhirnya pergi ke dataran ipoh untuk makan. aku pilih untuk makan mee udang. boleh laa.. char kuey teow nampak menarik. balik dari dataran ipoh, duduk lepak sekejap. lepastu tidur. esok nak bangun awal. nak sarapan.
ihsan encik google |
tiket masuk ke lost world adalah sebanyak RM48. tapi aku beli di lam web Lost World dapat harga RM40.80 seorang. ok lah tu kan. lagipun cepat sikit bile beli online. tak payah beratur lama-lama. Akhirnya masuk jugak aku ke taman tema air ni.
mula-mula kiteorang pilih untuk jalan-jalan dulu, baru main air. sebab nanti nak simpan telefon. so jalan-jalan lah dalam lost world tuh. cantik. unik.
Masuk ke PETTING ZOO. wahhh banyak haiwan. ouh ye, kat sini ade bagi haiwan makan. tapi ade time die. mase aku datang tu, pukul 11.30 kot, bagi racoon makan. wahhh comel-comel. tapi sebab ramai sangat orang, tak de la nak tunggu lama. tengok kejap lepas tu pusing-pusing dalam petting zoo. macam-macam jugak haiwan yang ade. BEST.
Keluar dari petting zoo, berjalan-jalan lagi. kali ni jumpe la swan lake, TIGER VALLEY, rumah hantu, dan kepura cave. jenguk situ sikit, sini sikit. mase kat tiger valley pun xdapat tengok ape. harimau tengah berehat. rumah hantu takut nak masuk :P
Lepas tu jumpe AMUSEMENT PARK. waaaahhhh wane wani aaa.. tapi kan. mainan tak lah mencabar pun. roller coster pun gitu je. tapi nak seronok boleh je naik. tapi aku tak naik pun. sebab tak sabar nak letk beg sebenarnye. hehehe.
OK. pergi cari loker, salin baju. loker RM10. tapi bole bukak dua tiga kali. pelampung tak amik. sebab RM15. nak main gelongsor pusing-pusing dengan Cliff Racer, pelampung dah disediakan. so rase macam tak perlu nak membazir.
gelongsor pusing-pusing. Google |
Cliff Racer. Google |
pemandangan lost world of tambun. Google. |
lepas tu pergi mandi berendam kejap. beli fridge magnet. balik bilik. tidur. kroh kroohh krooohh. penattt aiihh.. bangun, mandi. pas maghrib. pergi hotspring. aku tak mandi pun. tolong jage barang je. lagi pun tak minat aih air panas ni. kua dari hotspring terus pergi uptown tambun. betul-betul dekat dengan lost world. tak banyak barang pun kat sini. tapi dapat la beli tudung, singlet labuh dengan kerongsang. kat sini harge jauh lebih murah. barang yang sama dengan gerbang malam. ade gerai makan, aku pilih makan mee celup. sedap lah jugak. keropok pun sedap.
esok nye bangun sarapan pagi, kemas-kemas barang. check out. sempat singgah giant tambun sekali lagi. beli susu ensure untuk anak bulus. dan jam tangan. ahakss.. lepas tu balik. 3 hari 2 malam pun penat dah jalan.
p/s : tak dapat nak cite detail sangat. kang kene sampai part-part pulak. -.-". dan untuk berjalan di tempat tak tau, download lah WAZE kat fone android anda. ia sangat membantu. tQ :)
wah..seronok nya jenjalan.. :-)
ReplyDeleteHeee seronok. Release tension :)
ReplyDeleteyg belum ke lost world sila lah ke sana.mmg best
ReplyDeleteBetol tu :)
DeleteHey Nurul,
ReplyDeleteA very informative post on Lost World! Do check out our post on Lost World Hot Springs and Spa as well!
Happy Travels Everyone!
Tom,
2bearbear.com
wah seronoknya..ada msa nk p jgk la..kos agak2 lm bpe ye sis..hihi
ReplyDeleteseronok.. tapi kalau nak mainan adventure lebih prefer Gambang waterpark. tapi mungkin sini dah lebih upgrade :) total tu dalam rm600 termasuk dengan hotel.
Delete