10 februari 2013, genap umur aku 24 tahun. tua sudahhhh.. tahun ni aku dah tak nak ada azam dah. aku cuma nak jadi insan yang lebih baik je sempena peningkatan umur aku. dalam umur macam nie, ramai yang dah sibuk tanya bile aku nak kahwin. kawan-kawan aku ramai dah tamatkan zaman bujang dorang. tapi aku, tak. aku malas fikir soal jodoh. aku lebih fikir pada praktikal aku. dan aku tak nak kahwin selagi aku rase aku tak layak. banyak lagi pekara aku kena ubah.
so tak de ape yang istimewa masa hari lahir aku. kecuali umur yang meningkat dan aku habiskan masa dengan family. kek pun aku buat sendiri. huhu.. so kat sini nak kongsi resepi kek keju blueberry oreo.
bahan base :
30 keping oreo ( aku guna jenama cream-O)
buang krim, kisar halus
mentega secukup rasa.
bahan filling:
500 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 st esen vanila
1/2 cawan yogurt asli
2 biji telur
1 cawan oreo dipatah-patahkan
cara-cara :
base : gaulkan oreo yang telah dikisar dengan mentega rata-rata. tekan dalam loyang. panas kan oven pada suhu 180 celcius.
oreo yang telah ditekan dalam loyang |
filling :
1. pukul cream cheese,gula dan esen vanilla dengan kelajuan yang sederhana hingga sebati.
2. masuk yogut dan pukul.
3. masuk telur dan pukul hingga sebati.
4. masuk oreo yang dipatah-patahkan, kaup balik hingga rata.
5.tuang adunan filling atas oreo yang telah ditekan.
5. bakar secara steam bake.
6.lepas dah siap bakar,boleh sapukan blueberry atas kek.
patah-patahkan oreo masuk dalam adunan untuk filling |
okeh siap! senang sangat kan? :) pastu tak sempat amik gambar yang dah siap. aku pun sempat makan sepotong je.
ni lah sepotong yang sempat aku makan.. layannn... |
No comments:
Post a Comment