Saturday, 16 February 2013

Hospital Permai part 2

Minggu ketiga

Sepanjang minggu ni aku ditempat kan di wad clove. Kat wad ni aku mula kenal ramai pesakit. Tapi yang rimasnye, kadang-kadang lagi ramai student dari pesakit. But kena positif lah, bukan aku je yang nak belajar kan. Tapi aku puji sangat student UKM yang buat degree nursing. Dieorang x sombong, and tak lokek kongsi ilmu :)

Ok sekarang cite pasal pesakit. Pesakit paling femes kat wad ni ( masa aku la ) mahendra. Dia datang dari nepal. Aku tak tau ape masalah dia. Dia macam blur. Macam dalam dunia sendiri. Dia tak bole duk diam. Tapi kalau kita panggil suruh duduk, dia duduk. Tapi kejap tak sampai 5 minit. Dia pun suka rosakkan barang. Patahkan kepala paip, patahkan katil. Jadi dia perlu sentiasa ada pengawasan. Nanti ada je yang rosak.

Kat wad ni jugak ada pesakit nama apis. Dia bekas tentera udara. Dia ni suke ngorat student SEGI. Asal tukar student je, tukar la awek die.. haha.. sampai ada yang menangis kene usik.. tapi dia tak lah sampai pegang ke ape ke. Mulut je mengusik.

Selain tu, kiteorang selalu borak dgn zamri.. mule-mule datang permai, kteorg jumpe kertas y tampal kat tiang dengan nama zamri. Kertas tu berakhir dgn kertas yang tertulis tempat keja zamri. Rupenye zamri ni pelupa. Hari-hari lupa tempat keja die. Kalau kite dtg lps tu lambat tegur die, mst die ckp " dari td kite tunggu dia tegur". Hehe.. mcm2 kerenah. Dia pun jenis mkn byk. Badan kecik je. Mereka ni antara yang aku tak bole lupa la.

Ramai lg kat wad ni yg aku ingat. Contoh nya pakcik fairuz y baik, nasrul y kata dia wali Allah, abdul rahman y asyik kate die makan sikit padahal btambah, basuri y kate aku anak dia sebab nama sama, ashari y kate dia da mati kena bunuh bapak dia tp hidup blk bile kakak dia pegang tangan dia. Terlalu banyak yang nak d cite kan. Sekurang- kurangnya aku hepi dengan cerita dan telatah mereka.

Minggu Keempat

Hari isnin aku cuti. Hari selasa - khamis aku masuk wad balsam A. Hari rabu pagi sampai tengah hari program kami pelatih pembantu perubatan dengan pesakit ke zoo johor. Jumaat setangah hari di balsam C.
Ok kat wad balsam A, ada pengalaman dan pesakit yang aku rasa menarik. Kalau pengalaman, aku kene urut tgn dgn 1 uncle ni.. apa dia ckp mmg kite tak paham. Dia tak gatal.  Memang dia suka urut tangan. Cuma aku terkejut tetibe dia tarik tangan aku pastu urut taknak lepas. Selain tu, zila kawan aku ada pesakit ckp lucah dengan dia. Haha aku awal-awal buat muke tak tahu.

Pesakit feveret wad ni name nye husin. Dia kalu ckp tak behenti. Petandingan suruh diam seminit pun dia tak bole lepas. Ckp nya merapu. Tapi dia memang pandai bahasa arab, pandai mengaji, pandai azan. Suara memang sedap.  Kalu suruh bagi ucapan penuh semangat. Husin..husin.. rindu pulak nak dengar dia merepek.

Pesakit seterusnya hanafi. Dia ni tak banyak becakap. Umu baru 25 tahun. Dia boleh duduk 5 minit pastu jalan pusing wad sambil gosok perut dia. Yang tharu nya, hari khamis tu dia banyak ckp dengan aku. Siap ajak main bola. Selama ni mana nak bcakap pun dgn aku.

Aku pun tak kan lupa pada mark keng hong. Dia ni ada penyakit OCD (obsessive compulsive disease tk slp aku ). Dia basuh tangan amik masa 15 minit. Mandi berjam. Then cina yang baik dengan amer, lupa nama dia. Dia suka cakap, oppa gangnam style.. hikkkss.. haha si amer yang ajar.

Selain tu, lawatan ke zoo amat menyeronokkan. Tapi pesakit macam keletihan sebab round zoo. Ape pun njoy!

seventy-niners :)

wuuu bagi makann burung ni

yang dikaburkan adalah pesakit.



Hari terakhir, aku masuk ke wad balsam C. Ha kat wad ni paling menarik. Tp aku setangah hari je kat wad ni. Ada sorg laki cina ni, dlm sekelip mata dia akan bogel then seret kerusi. Huhu. Tp dia tak kacau kteorang. Ada la 5 kali dia bukak selua baju ari tu. Then ada cina nama tan boon tong, tangan dia asyik tunjuk poket kita. Kena hati-hati sebab dia gatal.

Yang istimewa nama zulkifli. Dia pekak dan bisu. Die suka jilat tangan dia pastu kesat kat kepala. Die kesat kt tingkap pastu jilat tangan dia. Dan dia akan jilat air yang tumpah. Dahsyat kan. Ada sorg lagi dia bekas mak nyah. Nama nordin. Tangang dia asyik macam tengah mekap kan orang. Bila kita tiru dia, dia pun cakap dgn gaya nya "sibuk je" sambil menjeling. Hehe.. yang paling mengejutkan, pesakit name ismail ghanI. Dia datang cakap dengan zila. Dia cakap " potong tangan" sambil tunjuk gaya. Si zila ye kan je la. Sekali dia cakap " potong ko**k" sambil bukak selua tunjuk anu dia. Punya la kiteorang teperanjat!

Banyak sangat suka duka tekejut teperanjat yang jadi kat permai. Tu baru wad laki yang aku masuk. Hari terakhir sempat pegi semua wad petang tu. Untuk ucap selamat tingal. Hati aku jadi sebak. Sebab mereka banyak ajar aku dalam tak sedar. Betap aku sebagai manusia leka dan alpa dengan kesenangan hidup aku. Lupa aku untuk berterima kasih pada tuhan pada nikmat dan kesempurnaan yang telah Dia hadiahkan kepada aku.


hari last. bersama Tuan Haji Baharom, Encik Faiz, dan seventy-niners!

p/s : banyak lagi nak update, pasal birthday and 3 resepi.. tapi nanti lah.... nak balik kolej daaa... bye!

No comments:

Post a Comment