Sunday, 30 December 2012

Resepi Cheese Cake Haruuuuuu

kenapa kek keju yang ni haruuuu.. sbb telah di harukan oleh aku. apa yang ada dan apa yang sempat je dicapai dan di buat. kek keju ni zaza yang mintak. sbb dah janji harus lah buat kan. okeh resepi asal kat kak ummi zaihadi tp aku buat ni campur-campur bahan yang ada.

Bahan Biskut :

15 keping biskut coklat marie.
15 keping biskut lemak. ( aku guna yang munchy's)
1/4 cawan butter. cairkan

Bahan Filling  :

500gram cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan yogurt asli
2 biji telur
coklat putih parut kan ( optional )
blueberry filling secukupnya.

setelah siap. khas untuk si zaza. kek perpisahan. tempat praktikal dah tak sama :(

cara - cara :

Base ; gaulkan biskut dengan butter cair. sebab tadi rasa macam tak cukup, aku campur majerin sikit. tekan dalam bekas yang telah di gris dan di alas. aku guna bekas macam dalam gambar dengan loyang empat segi.
sejukkan dulu dalam peti.

filling ;

1. pukul cream cheese, gula dan esen vanilla dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
2. masukkan yogut dan pukul sebati.
3. masukkan telur dan pukul sebati.
4. tabur coklat putih yang dah di parut tadi.
5. bakar secara steam bake ( letak loyang dalam loyang lain yang berisi air ) sehingga masak.
6. sejukkan, kemudian hias dengan blueberry filling. atau boleh guna apa-apa bahan pun.




No comments:

Post a Comment