kek coklat memang selalu jadi kegemaran ramai orang. dah banyak kali buat. buat untuk makan kat rumah, and bawak balik kolej untuk kawan-kawan. resepi ni yang paling simple bagi aku tapi setakat ni kawan-kawan semua suka. macam biase aku suke amik resepi dekat kak ummi zaihadi sebab resepi sentiasa menjadi dan bahan mudah.
Bahan - Bahan :
~ 100gram serbuk koko*
~ 250gram gula kastor*(boleh kurangkan)
~ 1 tin susu sejat*
~ 200gram minyak masak sayuran*
~ 250gram susu pekat* (boleh kurangkan)
~ 4biji telur - pukul sampai berbuih
~ 150gram tepung gandum
~ 1 sk soda bikarbonat
~ 1 sk baking powder
Cara - Cara :
1. Masak semua bahan bertanda (*) sehingga licin. tak payah mengelegak. api perlahan
2. satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan mixer.
3. gaul bahan-bahan kering dan campur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. masukkan dalam tin yang dilapikkan dan di minyakkan. bakar dalam oven selama 45 minit.( ikut oven)
5. sejukkan dahulu sebelum letak ganache.
ini la rupenye sebelum di tuang ganache. 1 adunan di atas dapat 4 bekas kek yang aku pkai. ni untuk bagi kawan-kawan kat kolej esok.
bahan ganache :
300 gram whipping cream
300 gram coklat gelap - hiris halus
25 gram butter.
cara - cara :
1. masak whipping cream hingga keluar buih-buih kecil.
2. masuk butter, kacau perlahan.
3. masuk coklat, kacau hingga sebati semuanya,
aku selalu tukar-tukar buat ganache ni. baru-baru ni aku guna ganache lebih buat chocolate indulgence, aku tambah susu pekat sikit, susu low fat sikit.. kacau-kacau. siap.
dah siap letak ganache. masuk dalam peti. esok nak bawak balik soromban haaa...
No comments:
Post a Comment