Sunday, 30 December 2012

Resepi Kek Coklat Indulgence

Antara kek yang sedap kat secret recepi, kek coklat indulgance. tapi dah alang-alang duduk rumah, rajin pulak tu.. eceh.. cuba lah buat kek coklat indulgence ni. hasilnyaaa.. walawehhh.. memang umphh.. tp manis gila. resepi ni aku dapat hasil bantuan encik google. aku memang copy cat resepi. sebab aku ni amatlah naif dalam dunia masakan ni. aku suke cube resepi. kalau jadi aku post kat sini. senang untuk rujukan aku.

pic memang tak cantik. dan aku tak hias kek. rumah aku tak de nozel segala bagai.

bahan-bahan kek :


150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu 
    dan ringan.
2. Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. 
    Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
3. Bakar kek sehingga masak.




Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A 
100g gula halus
250g non dairy whipping cream

Cara-cara:

1. Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai 
    suhu bilik semasa diputar.Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang 
    semakin menurun,akan menyebabkan ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
3. Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. 
    Masukkan coklat dan kacau sebati.Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:

100g compund dark chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A 
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.



Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (potong kecil-kecil)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

1. Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil.
2. Masukkan butter kacau perlahan.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga semua larut. 


Cara untuk assemble kek:

1. Potong kek menjadi 4 keping. 
2. Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 
    daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate
    filling.Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate filling 
    sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
3. Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!


rupenye sangat buruk. sbb mula-mula aku tersilap bahagi. aku bahagi 3 je kek. potong pun guna pisau biasa. tak ape. percubaan pertama. resepi asal bole nengok sini(chah). tp memang sedap la rase nye. :)

















No comments:

Post a Comment