ihsan encik google. hospital permai yang baru. |
kalau sesiape yang tak tahu, hospital permai yang terletak kat johor bahru ialah hospital mental. maksudnya pesakit kat situ pesakit jiwa. orang kampung kate orang gile. tp pada aku, mereka tak gile. cume ade gangguan pada jiwa atau mental mereka disebabkan pekara-pekara tertentu. tapi tak dinafikan, 80% dari mereka mengalami gangguan jiwa adalah disebabkan dadah. sedih kan? tp sebenarnya banyak cerita disebalik setakat apa yang kita tahu. so kat sini aku nak simpan kenangan sepanjang 4 minggu aku praktikal kat hospital permai ni.
MINGGU PERTAMA
hari first kiteorang di beri orentasi. siap pagi tu join pehimpunan bulanan staf lagi.. huhu.. orentasi cume setengah hari. lepas tu kami 20 org dibahgi kepada 4 kumpulan. setiap kumpulan akan ada 3 lelaki dan 2 perempuan. aku dapat group dengan zila, asri, amer n mat jen. hari first aku duduk kat OPD. kat sini tempat untuk pesakit yang beterusan jumpe doktor atau yang baru nak jumpe doktor. pada aku kat sini agak bosan. hari pertama aku tertanya-tanya, apa masalah dorang.. semua nampak macam normal je. tapi pagi selasa ada 1 kes, pesakit ni euphoria, ketawa tak behenti-henti. kata ayah pesakit ni, dia jadi macam tu lepas kahwin. bila die ketawa tu, dgn aku pun rasa nak ketawa. hihihihi.. geli hatinya dia..
gambar pesakit dikaburkan untuk hormati mereka :) |
MINGGU KEDUA
minggu kedua untuk hari isnin dengan selasa, aku ditempatkan kat Bilik Daftar Masuk (BDM) .. nama pun daftar kan, mestila untuk pesakit yang nak masuk ke wad. kat sini lagi superb bosan. aku tak tahu nak buat apa. yang pasti perlu hafal borang 1-12.. hari rabu dan khamis aku kat Community Psychiatry Unit (CPU). kat sini memang best and sempoi la.. tak payah pakai uniform. pegi lawatan ke rumah pesakit untuk bagi ubat. hari rabu aku pegi ke area pasir gudang kot? ( hehe tak tahu....) kat kampung kongkong.. ramai pesakit kat sini yang sakit mental.. tapi bila aku tengok keadaan rumah and hidup mereka, aku macam boleh faham kenapa mereka boleh sakit. sedih aku tengok.. daif.. tak terurus.. family tak support.. masalah yang kita tak nampak selama ni. kita cuma tahu menunding jari..
hari khamis aku ke pasir gudang jugak lagi.. kalau tak silap aku.. tapi ni kawasan taman perumahan.. nama buah-buahan.. langsat, duku, tembikai segala.. huhuhuhu.. kat sini pulak aku tengok, dengan mak ayah bangun lewat, rumah bergelap, tertutup, bersepah.. mana la jiwa anak-anak tak jadi celaru. haishh.. sedih.. keadaan pesekitaran banyak memainkan peranan. ada sorang pesakit nama mat nor (sama nama abah laaa...) kalu nak suntik kne bg duit, dah suntik bg duit lg.. seee??? ingat senang ke keje kat bahagian CPU? punye la susah nak suntik dia.. tapi seronok ikut CPU sbb banyak yang kita tgk.. banyak pengajaran yang kita boleh ambil..
hari jumaat aku masuk kat wad balsam B.. tak banyak la yang aku buat sbb setengah hari je.. petang nya ada ceramah. yang aku still ingat la, ada pesakit nama fauzi, india muslim, banyak sangat becerita pasal agama. mungkin terlalu banyak belajar pasal agama kot. jadi besederhana lah :) yang best kawan aku zila, siap kene ngorat lg. siap bahasakan diri abang ayang lg.. ayooooo.. huhuhu.. mcm-mcm pesakit ni.. tapi layankan je la.. :)
zila, asri, amer |
gedik-gedik :p p/s : minggu seterusnya sambung nanti :) |
Menarik kisah awak ni..jadikanlah setiap kisah yang awak temui sebagai panduan untuk hidup yang lebih baik kelak kerana hidup kita ibarat roda.. =)
ReplyDeleteMcm maner cara nk daftar masuk ke hospital ni?
ReplyDelete