Monday, 30 December 2013

Percutian 3 hari 2 malam ke Lost world of Tambun


Sebelum balik cuti sem hari tu, aku sempat pegi ke Lost World of Tambun selama 3 hari 2 malam. ini mungkin kali pertama yang aku betul-betul berjalan di negeri perak. bertolak seawal pagi, aku sampai di Lost World hotel lebih kurang pada pukul 12 tengah hari ( tolak campur behenti, tunggu mak cik kawan). disebabkan ramai orang, mungkin bilik belum siap dikemas, kami cume boleh check in pada pukul 2 petang.

Disebabkan bosan kalau nak tunggu, kiteorang pergi ke Giant Tambun. itu je pun yang paling dekat. kalau nak g ke bandar ipoh macam malas la pulak. masuk dalam giant beli tuala dengan selipar mandi. hihi. tak bawak selipar dengan tuala. beli makanan ringan dengan air. untuk alas perut sebab fikir nak rehat-rehat dulu bile sampai. sempat jugak makan kat food court giant tu. makanan memang boleh tahan la. sodap la dari food court lain tu.

pukul 2 kiteorang terus masuk check in sebab nak guna bilik air. gambar kat atas ni gambar utk bilik exotic. bilik kemas dan cantik. selesa. besar pun ok la. suke suke suke ^_^. aku dapat rate harga RM160 satu malam melalui AGODA. hoyyeeehhh. bila check in kat Lost World hotel, korang akan dapat kupon diskaun masuk ke Lost World of Tambun , tiket free untuk lost world hotspring & spa dan percuma sarapan pagi untuk 2 orang. yang mampu aku katakan adalah, sarapan pagi adalah SEDAP!

duduk-duduk, lepak-lepak, makan-makan, tidur-tidur. bangun-bangun dah pukul 6 lebih. aiyooo. letih yang amat ni. haha. mula-mula ingat nak masuk hotspring malam ni. tak jadi pulak. lepas maghrib, siap-siap, pergi GERBANG MALAM di bandar ipoh. ingatkan nak kat sini ade jual makanan. sekali tak ade pun. kedai makan sekitar pun kedai makan cina -.-' . perut dah bekeroncong. tapi gagahkan diri jugak berjalan. gerbang malam ni lebih kurang macam uptown la. ade jual baju, kasut, cam, handbag, etc etc etc. tapi yang buat aku frust sebab barang kat sini mahal. T_T. tapi beli jugak jersey Man Utd, tudung.

akhirnya pergi ke dataran ipoh untuk makan. aku pilih untuk makan mee udang. boleh laa.. char kuey teow nampak menarik. balik dari dataran ipoh, duduk lepak sekejap. lepastu tidur. esok nak bangun awal. nak sarapan.


ihsan encik google

tiket masuk ke lost world adalah sebanyak RM48. tapi aku beli di lam web Lost World dapat harga RM40.80 seorang. ok lah tu kan. lagipun cepat sikit bile beli online. tak payah beratur lama-lama. Akhirnya masuk jugak aku ke taman tema air ni.


mula-mula kiteorang pilih untuk jalan-jalan dulu, baru main air. sebab nanti nak simpan telefon. so jalan-jalan lah dalam lost world tuh. cantik. unik. 


Masuk ke PETTING ZOO. wahhh banyak haiwan. ouh ye, kat sini ade bagi haiwan makan. tapi ade time die. mase aku datang tu, pukul 11.30 kot, bagi racoon makan. wahhh comel-comel. tapi sebab ramai sangat orang, tak de la nak tunggu lama. tengok kejap lepas tu pusing-pusing dalam petting zoo. macam-macam jugak haiwan yang ade. BEST.


Keluar dari petting zoo, berjalan-jalan lagi. kali ni jumpe la swan lake, TIGER VALLEY, rumah hantu, dan kepura cave. jenguk situ sikit, sini sikit. mase kat tiger valley pun xdapat tengok ape. harimau tengah berehat. rumah hantu takut nak masuk :P


Lepas tu jumpe AMUSEMENT PARK. waaaahhhh wane wani aaa.. tapi kan. mainan tak lah mencabar pun. roller coster pun gitu je. tapi nak seronok boleh je naik. tapi aku tak naik pun. sebab tak sabar nak letk beg sebenarnye. hehehe.

OK. pergi cari loker, salin baju. loker RM10. tapi bole bukak dua tiga kali. pelampung tak amik. sebab RM15. nak main gelongsor pusing-pusing dengan Cliff Racer, pelampung dah disediakan. so rase macam tak perlu nak membazir. 

gelongsor pusing-pusing. Google
Cliff Racer. Google

pemandangan lost world of tambun. Google.
 

lepas tu pergi mandi berendam kejap. beli fridge magnet. balik bilik. tidur. kroh kroohh krooohh. penattt aiihh.. bangun, mandi. pas maghrib. pergi hotspring. aku tak mandi pun. tolong jage barang je. lagi pun tak minat aih air panas ni. kua dari hotspring terus pergi uptown tambun. betul-betul dekat dengan lost world. tak banyak barang pun kat sini. tapi dapat la beli tudung, singlet labuh dengan kerongsang. kat sini harge jauh lebih murah. barang yang sama dengan gerbang malam. ade gerai makan, aku pilih makan mee celup. sedap lah jugak. keropok pun sedap. 

esok nye bangun sarapan pagi, kemas-kemas barang. check out. sempat singgah giant tambun sekali lagi. beli susu ensure untuk anak bulus. dan jam tangan. ahakss.. lepas tu balik. 3 hari 2 malam pun penat dah jalan. 

p/s : tak dapat nak cite detail sangat. kang kene sampai part-part pulak. -.-". dan untuk berjalan di tempat tak tau, download lah WAZE kat fone android anda. ia sangat membantu. tQ :)

Tuesday, 24 December 2013

Lazada, Makanan Dan Induction Cooker



Assalamualaikum.. Lame sangat dah tak update Blog. Memandangkan cuti pun pendek untuk sem ni, dan tambah kemalasan yang berganda. baru ni nak bukak blog. Banyak benda nak update, tapi sibuk pulak siapakan research dan assigment sem depan. Buat siap-siap senang. 




Baru-baru ni sibuk lah aku dengan mama tengok-tengok barang kat Lazada. mesti ramai yang dah biase dengar atau biase beli kat Lazada ni. sebab ni first time beli, jadi kiteorg pun beli mende murah je. pemecah telur dengan cake decorating kit tu. total kedua-dua barang adalah RM37 termasuk pos by GDEX. sebab tempat aku tak boleh COD. dan yang lebih membuat aku teruja, aku beli hari isnin, hari selase sampai. ^_^
kalau nak tengok barang-barang kat lazada, boleh klik sini .



hasil dari membeli pemecah telur dari lazada yang berharga RM9. mende ni bertambah mudah sebab boleh asingkan telur putih dengan telur kuning. tunaikan hajat mimi yang nak makan pavlova ni. klik sini untuk tengok resepi pavlova. sebab aku still guna resepi yang same cuma kali ni aku guna buah kiwi and coklat hershey. yummm yumm..



yang ni buger sandwich dengan fish and chip. hehe. saje letak. buger sandwich tu same je mcm buger biase, cume roti satu je bahagian bawah. lepas tu letak la daging, nenas, keju, sos dan mayonis. memang mewah dan sedap. kalau beli kat kedai mesti mahal. buat sendiri boleh makan banyak. haha. fish and chip pun buat sendiri. kentang je beli, pastu goreng. coleslow, ikan dengan sos lada hitam buat sendiri. tapi mama yang buat. haha. aku buat coleslow je. 
\




ni namenye induction cooker. hehe ape kene mengene? sebenarnye saje je. sebab mende ni untuk masak kan. sebelum ni portable stove aku kene rampas kat asrama, so kali ni beli la induction cooker ni. jenama tesco je. harge RM99. dapat la periuk nye sekali. ok la kan. tQ kepada yang belanja induction cooker ni. hehe. 


p/s : lame tak update blog, ase kekok plak. hihihi

Wednesday, 19 June 2013

Resepi Cek Mek Molek


mesti sesetengah orang bertanya, apakah mende di dalam gambar ini.. hikhik.. ini lah kuih cek mek molek yang terkenal di pantai timur. Tapi, aku tak bejaya membentuk kuih ni menjadi seperti yang aku beli. haha.. tangan kasau gegau. tapi mesti lah boleh di makan. apetah lagi senang di buat.. berpeluh jugak duk menguli tepung :p

bahan-bahan :
2 biji keledek ( prefer oren)
2 cawan tepung ( sebenarnye bergantung pada doh nanti)
gula secukupnya
garam 1 sk
minyak untuk menggoreng (deep fry)

cara-cara :

  1. rebus keledek sampai empuk. dah empuk lenyek-lenyek kan.
  2. gaul bersama tepung, garam dan sesudu gula, masuk sikit-sikit smpai tepung tak melekit pada tangan. 
  3. ambil tepung yang dah di uli, buat bentuk bulat, kemudian leperkan. letak gula di tengah-tengah. kemudian kapitkan. jangan bagi bocor.
  4. goreng dengan cara deep fry. siap
p/s : maaf kalau tak faham cara-cara.


Monday, 17 June 2013

Resepi Cream Puff

dah lama nak buat cream puff sendiri sebab aku suke makan. tak puas kalau beli. pulak tu mahal kan. huhu. belek punye belek, aku jumpe lah resepi kat intenet. 

resepi dari blog citarasa wan . 

bahan-bahan :)

  • 110gm mentega
  • 150gm tepung gandum
  • 250ml air
  • 1 sk gula icing
  • 1/4 sudu teh garam
  • 4 biji telur.
cara pembuatan : 

  1. didihkan air, mentega, gula dan garam. tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau laju-laju hingga sebati dan menjadi doh. pastikan doh tak melekat pada periuk ye.
  2. buka api sederhana sekejap, kacau hingga ada lapisan putih nipis kat dasar periuk. tutup api.
  3. angkat dan kacau doh hingga suam. pecahkan telur dan kacau menggunakan garfu dalam mangkuk lain. kemudian baru masukkan dalam doh. kacau sebati baru masuk telur lain. buat satu persatu ye telur tu. aku gune mixer. sumpah tak larat.
  4. pastikan adunan likat. disebabkan tak ada piping bag dan nozel, maka aku gunakan bantuan 2 batang sudu.


maka ini lah hasil nya.
oven panas suhu 200 darjah celcius dan bakar antara 20-25 minit. dah agak kekuningan keluarkan.


inilah rupenye bile sudah masak. pastikan sejuk dulu ye. baru potong (jangan la sampai putus) dan masukkan sos custard dalam tu.


inilah jadinya.. haaaa, walaupun rupenye tak menarik, tapi habis di makan. buat tadi dapat lah dalam 25 bijik gitu sebab yang petama buat besar gedabak. huhuhu. maklumlah petama kali kan.


ini pulak resepi sos custard. aku dapat dari kak hana memories. tapi serius la sos die best :)

  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 sudu besar gula ( aku terletak 4 setengah sudu.. hihi)
  • 200ml susu segar ( 1 cawan )
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega ( aku guna planta je)
:: kacau atas periuk dengan api yang sederhana hingga pekat.


yee sampai  jadi begini :)
p/s : seronok makan cream puff banyak-banyak.

Saturday, 15 June 2013

Bila Ain Mendoodle


Ini adalah benar-benar first time aku buat doodle. aku saje-saje buat sebab aku tak de keje. haha. memang lah gile kelako aku buat. tapi tak pe, sebab aku ni memang bukan orang yang kreatif mahupun berseni. tangan kasor macam aku tak sesuai buat mende ni. setakat buat suke-suke memang boleh.


yang ni memang petama kalinye aku buat doodle. ni pun aku gune excel. tak mampu nak guna photoshop, photscape bagai. microsoft excel pon boleyyy.





Yang ni pulak kali kedua aku buat, aku gunakan paint. hikhikhik. gelak jelah yang aku mampu. at least hilang sekejap bosan dan serabut kepala hotak aku ni. 

p/s : pejammm mata je lah labu....

Thursday, 13 June 2013

Resepi Kek Batik

aku tau kek batik ni dah biase orang buat kan. and orang kate senang. kacang. tutup mate pun bole buat kan. yup memang la senang. cume resepi kek batik ni ada macam-macam. tanpa telur, dengan telur, dan boleh tambah kacang, gajus untuk bg lagi sedap. ikot kreativiti lah. and kalau patah kan biskut, salut dengan milo yang di masak dengan susu pun jadi je kek batik. sedap je. tak ade masalah.

Jom tengok resepi aku :)

  • 200gm serbuk milo
  • 3 sudu besar serbuk koko ( letak nescafe pon ok gak )
  • 200gm merjerin (kalau pakai mentega, letak la 250gm pon, marjerin lagi masin)
  • susu 3/4 tin 
  • keju 2 keping ( main taruk je, lain kali nak taruk lebih sikit)
  • biskut marie satu bungkus.


cara-cara nak buat pulak ;


mula-mula patahkan biskut marie kepada 4 bahagian. jadi macam dalam gambar. kejap je pun patahkan.



satukan milo,mentega,susu dan keju dalam kuali. guna api yang paling perlahan. kalau tak nanti jadi berketul. 



gunakan whisk untuk kacau bahan dalam kuali. adalah di nasihatkan cairkan mentega dulu baru masuk bahan lain. kan da jadi macam  ni. haha.



setelah bahan yang di masak sebati, masukkan biskut didalam kuali. gaul rata kesemua bahan-bahan. cara lain, tuang bahan masak tadi dalam bekas yang dah disusun biskut marie.



kemudian, masukkan biskut yang sudah digaul ke dalam bekas dan mampatkan. boleh mampatkan gune sudu, gune senduk atau letak kain dalam plastik,dan tekan pakai tangan. tekan-tekan sampai jadi macam ni.



dah siap, masuk dalam peti. maka, ini lah hasil nya. potong dan ngappp! rase macam biskut tu terlalu banyak untuk coklat. mayb lepas ni kurang kan sikit biskut :)

P/S : paham tak?



Wednesday, 12 June 2013

BuaH Hatiku.... MoMoi

hari tu kat chat box eliza ade tanye, momoi tu hamster ke? hee jawapan nye bukan :) . momoi ni adalah SUGAR GLIDER. boleh taip je kat google sugar glider, nanti banyak akan keluar info-info yang berkaitan. selain tu, kat facebook, page sugar glider malaysia, sugar glider info adalah antara yang aktif.

bagi yang nak membela, kalau boleh baca dan faham kan dulu pasal sugar glider ni. baru beli. haiwan ni memang tersangatlah manja, tapi sebelum nak manje tu akan ade sedikit kesulitan. cuma kesabaran yang diperlukan. oh dan kerajinan juga ye. 

aku bukan tak nak letak info pasal sugar glider ni, cume aku sendiri pun baru lagi bela. aku sendiri masih belajar. cume momoi semakin nakal. semakin manje cume degil. haha. layanzzzz pic kat bawah ni. 



sibuk je mengacau orang membaca. konon dia pun pandai la tu. kiut miut sesangat.


dalam kotak pun jadi tidur. tapi momoi memang suke sangat kotak ni.  macam dah kene dera pulak. :P


time makan baru ingat nak datang kat tuan kan! hehe


hay, saya memang suka main nyorok-nyorok 

apa tengok-tengok? orang nak makan sibuk je!


kalau dah tidur tak sedar apa. tidur selagi boleh.


saya lah momoi yang nakal tu. tapi tuan saya sayang saya :)

p/s : seekor haiwan yang mampu memberi aku sejuta kegembiraan. aku bersyukur dengan kehadiran momoi dalam hidup aku.